Thursday 31 August 2017

PENGENALAN

Anggota Badan Manusia
blog ini saya bina bagi memenuhi tuntutan kerja kursus generik kemahiran belajar (tugasan 1).  Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Hajah Azizah dan Tuan Haji Ismail atas segala tunjuk ajar yang diberikan dalam menjayakan kerja kursus ini.  berdasarkan kurikulum standard prasekolah kebangsaan tajuk ini tergolong dalam tunjang sains dan teknologi.

Disediakan oleh:ALIAH SYAFIQAH BINTI ROSLI








                       

                                                        Organisasi Sel Dalam Badan Manusia

Penyusunan lebih daripada satu sel dalam satu organisme dikenali sebagai organisme multisel.  Organisma multisel mempunyai sistem komposisi dan struktur yang kompleks.  Antara organisme multisel termasuklah manusia.  Kewujudan berjuta-juta sel dalam tubuh manusia membentuk organ yang berpotensi menjalankan fungsi yang berbeza.


sel

Merupakan unit terkecil dalam pembentukan organisme.  Sel menjalankan fungsi-fungsi khusus.  Pengkhususan sel bermakna setiap sel mempunyai fungsi yang berbeza dan spesifik terhadap satu fungsi sahaja.

contoh sel dalam badan manusia:

a) sel darah merah 

Image result for sel darah merah manusia

b) sel epitelium

Image result for sel epitelium

c) sel sperma


Image result for gambar sperma




d) sel limfa
Image result for tisu epithelium
Image result for sel limfa


Tisu
Sekumpulan sel yang mempunyai bentuk dan struktur yang sama, dan melaksanakan satu fungsi tertentu sahaja dipanggil tisu.
Tisu mengandungi sel-sel yang mengalami pertumbuhan, pembezaan, adaptasi, dan perubahan dalam sifat-sifat yang ada pada mereka untuk membolehkannya melaksanakan fungsi tertentu.
Terdapat empat jenis tisu asas dalam tubuh manusia iaitu tisu epitelium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf.


Image result for tisu epithelium


  • Tisu epitelium 
- Terdiri daripada sel-sel epitelium yang tersusun dalam lapisan.
- Bertindak untuk melindungi tisu dibawahnya.
- Tisu epitelium ditemui di dinding usus yang sama, dinding perut, pundi hempedu, dan dinding usus besar.


  • Tisu penghubung 
- Tisu penghubung bertindak untuk menghubungkan dua tisu, melindungi, dan menyokong organ-organ dan badan.
- Darah adalah contoh tisu penghubung dalam bentuk cecair.


  • Tisu otot 
- Tisu otot adalah tisu yang ditugaskan untuk menggerakkan bahagian-bahagian badan melalui penguncupan.
- Tisu otot terdapat didalam badan.
- Ia dibahagikan kepada otot licin, otot rangka dan otot jantung.
- Tisu ini ditemui di dalam organ-organ berongga seperti perut, usus kecil, jantung, pundi kencing, dan vena darah.




  • Tisu saraf 
- Tisu saraf adalah sensitif terhadap rangsangan seperti sakit, panas, sejuk, sentuhan, dan tekanan.
- Fungsi tisu saraf untuk menyelaraskan (coordinate) aktiviti-aktiviti badan dengan cara menghantar dan menerima impuls.


Organ
organ ialah kelompok jaringan yang melakukan beberapa fungsi.  Sebagai contoh jantung merupakan organ yang terbentuk daripada tisu otot kardium.  Contoh organ termasuklah:-

Image result for definisi organ 



                        #jantung
                        # peparu
                        #hati
                        #usus
                        #otak
                        #buah pinggang

SISTEM
Beberapa organ yang berlainan bergabung bagi membentuk sebuah sistem (system) untuk menyelaraskan fungsi tertentu di dalam badan.  Misalnya, buah pinggang, kulit, hati, ureter, urethra dan pundi kencing berkait rapat untuk memebentuk sistem perkumuhan.
Sistem badan secara keseluruhannya membolehkan manusia dalam menjalankan proses kehidupan yang normal dan lebih cekap.

Image result for sistem pencernaan manusia
sistem pencernaan-memecahkan makanan kompleks kepada makanan                                                                  ringkas untuk penyerapan oleh badan

Image result for sistem pembiakan
sistem pembiakan-penempelan embryo dan tapak pembentukan anak

Image result for sistem pernafasan
 sistem pernafasan-menyerap dan mengangkut oksigen serta menyingkirkan                                                        karbon dioksida


Image result for sistem limfa
sistem limfa-sistem pertahanan tubuh daripada serangan penyakit

Anggota Badan Manusia


Image result for tangan


Otak
Otak ialah pusat sistem saraf pada manusiaOtak juga berfungsi untuk berfikirOtak mengendalikan hampir semua pergerakan organ dan pergerakan motor sistem badan manusia termasuklah mengawal detakan jantung dan sistem perkumuhan.




Image result for anatomi kepala
Image result for kepala manusia

Kepala
Telinga, mata, hidung, dan mulut terletak di bahagian kepalaKepala manusia juga ditumbuhi rambutRambut manusia terdiri daripada rambut lurus dan rambut kerinting.Rambut kanak-kanak lelaki kebiasaannya pendek manakala rambut kanak-kanak perempuan pula kebiasaannya panjang.Otak terletak di bahagian dalam kepala.



Image result for kaki manusia

Kaki
Kaki menghubungkan badan sehingga  ke bawah.  Kaki terdiri daripada pinggul, peha, lutut, pergelangan kaki, kaki dan jari kaki.  Dengan bantuan kaki kita mampu melompat, menari,berjalan dan berlari.  Kaki juga membantu dalam mengimbangi seluruh berat badan serta berfungsi membolehkan manusia bergerak kemana-mana sahaja.


Image result for gambar mata
Mata
Mata berada di bahagian muka.Mata dihiasi alis mata dan bulu mata yang melindungi mata daripada habuk dan bendasing.  Mata perlu dijaga dengan baik kerana mata berfungsi untuk melihatUntuk mengekalkan kesihatan mata, kita boleh mengambil makanan yang kaya dengan vitamin A seperti lobak dan bayam.


Image result for telinga
Telinga
Telinga manusia terletak di sisi bahagian kepalaTelinga manusia terdiri daripada telinga kanan dan telinga kiriTelinga berfungsi untuk mendengar.


Image result for hidung
Hidung
Hidung berada pada bahagian mukaHidung mempunyai deria bauSetiap manusia mempunyai satu hidung yang terdiri daripada dua lubang.  Di dalam hidung terdapat bulu hidung yang berfungsi untuk menapis udara yang masuk ke dalam hidung.


Image result for mulut
Mulut
Mulut berada di bahagian muka, manusia hanya memiliki satu mulutMulut terdiri daripada dua bibir iaitu bibir atas dan bibir bawahMulut berfungsi untuk makan, minun dan bercakap.Di dalam mulut, terdapat gigi dan lidah.


Image result for gigi
Gigi
Manusia memiliki gigiKanak-kanak mempunyai gigi yang disebut gigi susuJumlah gigi susu ada 20 bijiApabila kanak-kanak sudah dewasa, gigi susu akan dicabut dan digantikan dengan gigi kekal.Gigi kekal orang dewasa berjumlah 32 biji. Gigi digunakan untuk mengunyah makanan.



Image result for lidah
Lidah
Lidah mempunyai deria rasa masam, masin, manis dan pahit.  Oleh itu, lidah berfungsi untuk mengesan rasa dalam makanan dan tempat meletakkan makanan ketika dikunyah.  Lidah juga membantu kita ketika bercakap.
                        


Image result for tangan

Tangan
Manusia memiliki dua tangan yaitu tangan kiri dan kanan.Tangan termasuk dalam anggota yang boleh digerakkanAntara kegunaan tangan ialah menulis, berjabat tangan dan mengangkat barang