blog ini saya bina bagi memenuhi tuntutan kerja kursus generik kemahiran belajar (tugasan 1). Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Hajah Azizah dan Tuan Haji Ismail atas segala tunjuk ajar yang diberikan dalam menjayakan kerja kursus ini. berdasarkan kurikulum standard prasekolah kebangsaan tajuk ini tergolong dalam tunjang sains dan teknologi.
Disediakan oleh:ALIAH SYAFIQAH BINTI ROSLI
Organisasi Sel Dalam Badan Manusia
Penyusunan lebih daripada satu sel dalam satu organisme dikenali sebagai organisme multisel. Organisma multisel mempunyai sistem komposisi dan struktur yang kompleks. Antara organisme multisel termasuklah manusia. Kewujudan berjuta-juta sel dalam tubuh manusia membentuk organ yang berpotensi menjalankan fungsi yang berbeza.
sel
Merupakan unit terkecil dalam pembentukan organisme. Sel menjalankan fungsi-fungsi khusus. Pengkhususan sel bermakna setiap sel mempunyai fungsi yang berbeza dan spesifik terhadap satu fungsi sahaja.
contoh sel dalam badan manusia:
a) sel darah merah
b) sel epitelium
c) sel sperma
d) sel limfa
Tisu
Sekumpulan sel yang mempunyai bentuk dan struktur yang sama, dan melaksanakan satu fungsi tertentu sahaja dipanggil tisu.
Tisu mengandungi sel-sel yang mengalami pertumbuhan, pembezaan, adaptasi, dan perubahan dalam sifat-sifat yang ada pada mereka untuk membolehkannya melaksanakan fungsi tertentu.
Terdapat empat jenis tisu asas dalam tubuh manusia iaitu tisu epitelium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf.
- Tisu epitelium
- Bertindak untuk melindungi tisu dibawahnya.
- Tisu epitelium ditemui di dinding usus yang sama, dinding perut, pundi hempedu, dan dinding usus besar.
- Tisu penghubung
- Darah adalah contoh tisu penghubung dalam bentuk cecair.
- Tisu otot
- Tisu otot terdapat didalam badan.
- Ia dibahagikan kepada otot licin, otot rangka dan otot jantung.
- Tisu ini ditemui di dalam organ-organ berongga seperti perut, usus kecil, jantung, pundi kencing, dan vena darah.
- Tisu saraf
- Fungsi tisu saraf untuk menyelaraskan (coordinate) aktiviti-aktiviti badan dengan cara menghantar dan menerima impuls.
Organ
organ ialah kelompok jaringan yang melakukan beberapa fungsi. Sebagai contoh jantung merupakan organ yang terbentuk daripada tisu otot kardium. Contoh organ termasuklah:-
#jantung
# peparu
#hati
#usus
#otak
#buah pinggang
SISTEM
Beberapa organ yang berlainan bergabung bagi membentuk sebuah sistem (system) untuk menyelaraskan fungsi tertentu di dalam badan. Misalnya, buah pinggang, kulit, hati, ureter, urethra dan pundi kencing berkait rapat untuk memebentuk sistem perkumuhan.
Sistem badan secara keseluruhannya membolehkan manusia dalam menjalankan proses kehidupan yang normal dan lebih cekap.
sistem pencernaan-memecahkan makanan kompleks kepada makanan ringkas untuk penyerapan oleh badan
sistem pembiakan-penempelan embryo dan tapak pembentukan anak
sistem pernafasan-menyerap dan mengangkut oksigen serta menyingkirkan karbon dioksida
sistem limfa-sistem pertahanan tubuh daripada serangan penyakit
Anggota Badan Manusia
Otak
Otak ialah pusat sistem saraf pada manusia. Otak juga berfungsi untuk berfikir. Otak mengendalikan hampir semua pergerakan organ dan pergerakan motor sistem badan manusia termasuklah mengawal detakan jantung dan sistem perkumuhan.
Kepala
Telinga, mata, hidung, dan mulut terletak di bahagian kepala. Kepala manusia juga ditumbuhi rambut. Rambut manusia terdiri daripada rambut lurus dan rambut kerinting.Rambut kanak-kanak lelaki kebiasaannya pendek manakala rambut kanak-kanak perempuan pula kebiasaannya panjang.Otak terletak di bahagian dalam kepala.
Kaki
Kaki
menghubungkan badan sehingga ke bawah. Kaki terdiri daripada pinggul, peha, lutut, pergelangan kaki, kaki dan jari kaki. Dengan bantuan kaki kita mampu melompat, menari,berjalan dan berlari. Kaki juga membantu dalam mengimbangi seluruh berat badan serta berfungsi membolehkan manusia bergerak kemana-mana sahaja.
Mata
Mata
berada di bahagian muka.Mata dihiasi alis mata dan bulu mata yang melindungi mata daripada habuk dan bendasing. Mata perlu dijaga dengan baik kerana mata berfungsi untuk melihat. Untuk mengekalkan kesihatan mata, kita boleh mengambil makanan yang kaya dengan vitamin A seperti lobak dan bayam.
Telinga
Telinga manusia terletak di sisi bahagian kepala. Telinga manusia terdiri daripada telinga kanan dan telinga kiri. Telinga berfungsi untuk mendengar.
Hidung
Hidung berada pada bahagian muka. Hidung mempunyai deria bau. Setiap manusia mempunyai satu hidung yang terdiri daripada dua lubang. Di dalam hidung terdapat bulu hidung yang berfungsi untuk menapis udara yang masuk ke dalam hidung.
Mulut
Mulut berada di bahagian muka, manusia hanya memiliki satu mulut. Mulut terdiri daripada dua bibir iaitu bibir atas dan bibir bawah. Mulut berfungsi untuk makan, minun dan bercakap.Di dalam mulut, terdapat gigi dan lidah.
Gigi
Manusia memiliki gigi. Kanak-kanak mempunyai gigi yang disebut gigi susu. Jumlah gigi susu ada 20 biji. Apabila kanak-kanak sudah dewasa, gigi susu akan dicabut dan digantikan dengan gigi kekal.Gigi kekal orang dewasa berjumlah 32 biji. Gigi digunakan untuk mengunyah makanan.
Lidah
Lidah mempunyai deria rasa masam, masin, manis dan pahit. Oleh itu, lidah berfungsi untuk mengesan rasa dalam makanan dan tempat meletakkan makanan ketika dikunyah. Lidah juga membantu kita ketika bercakap.
Manusia memiliki dua tangan yaitu tangan kiri dan kanan.Tangan termasuk dalam anggota yang boleh digerakkan. Antara kegunaan tangan ialah menulis, berjabat tangan dan mengangkat barang.